KES GANGGUAN SEKSUAL
Gangguan seksual
merupakan perbuatan jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan. Gangguan
seksual bukan sahaja boleh terjadi dengan berlainan jantina malahan ia juga
boleh terjadi sesama jantina iaitu lelaki terhadap lelaki dan perempuan
terhadap perempuan. Gangguan seksual ialah “sebarang komen lisan, isyarat atau
tingkah laku berbentuk seksual yang tidak diingini dan disengajakan atau
diulang-ulang”.
Gangguan seksual ini
boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira jantina mahupun peringkat
umur. Lazimnya berlaku terhadap perempuan dan kanak kanak perempuan. Gangguan
seksual ini boleh berlaku dimana sahaja tetapi selalunya ia berlaku di tempat
kerja dan sekolah.
Terdapat beberapa jenis
bentuk gangguan seksual iaitu gangguan berbentuk lisan, gangguan berbentuk
isyarat/bukan lisan, gangguan berbentuk visual, gangguan berbentuk psikologi
dan gangguan berbentuk fizikal.
Gangguan secara lisan
ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual antaranya
ialah melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-bunyian dan
soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau ancaman seksual.
Gangguan secara isyarat
atau bukan lisan pula dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan
atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir,
memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa
isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang
berterusan.
Gangguan yang
dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan seperti
menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur
seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya.
Gangguan secara psikologi pula adalah
berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu
secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. Gangguan secara fizikal
merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk,
mencubit, mengusap dan menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan
seksual seperti meraba.
Gangguan seksual adalah
pelanggaran hak seseorang ianya bukanlah perkara yang kecil atau remeh dan bukan
lawak dan jenaka yang tidak berbahaya. Pelbagai kesan yang bakal timbul
terhadap mangsa daripada segi emosi, mental mahupun fizikal.
PUNCA – PUNCA GANGGUAN SEKSUAL
Secara amnya gangguan
seksual ini sering berlaku ditempat kerja dan disekolah kerana kebanyakkan kes
akan berlaku secara berterusan sehingga mangsa mengalami tekanan emosi. Oleh
itu antara punca – punca gangguan seksual ialah :
Punca gangguan seksual di tempat kerja.
Pertambahan bilangan pekerja wanita
dalam industri pekerjaan telah mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki.
Bolehlah dirumuskan
bahawa berlakunya perlakuan gangguan seksual tempat kerja ada kaitanya dengan
peluang pekerjaan yang diberikan kepada kaum wanita. Secara tidak langsung,
sesetengah pekerja lelaki sanggup melakukan tingkah laku gangguan seksual
sebagai cara untuk merendahkan maruah pekerja wanita.
Faktor organisasi
Dalam sesebuah
organisasi, faktor organisasi itu sendiri boleh menyebabkan berlakunya gangguan
seksual di pejabat. Ini adalah diakibatkan daripada peluang-peluang tertentu
yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi, iaitu melalui hierarki
dan hubungan autoriti yang khusus yang mana, individu boleh menggunakan kuasa
atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. Ia
bukan sahaja dilakukan oleh kaum lelaki ke atas kaum wanita, tetapi keadaan
yang sebaliknya juga boleh berlaku.
Kuasa dan pengaruh golongan ini dalam
organisasi
Gangguan seksual adalah
satu fenomena sosial yang melibatkan kuasa dan pengaruh pihak pengurusan
atasan, ketua, penyelia atau supervisor yang bercanggah dengan etika dan moral
di tempat kerja. Disebabkan kuasa dan pengaruh golongan ini dalam organisasi,
mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual terpaksa tunduk kepada kehendak
pegawai atasan. Rasa bimbang dan takut kehilangan kerja menyebabkan mangsa
terpaksa merahsiakan sahaja gangguan seksual yang dihadapi dan dilakukan oleh
ketua atau pihak yang berkuasa dalam organisasi.
Tindakan yang dilakukan oleh individu
atas dorongan seks yang bersifat semulajadi.
Gangguan seksual boleh
juga berpunca daripada tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks
yang bersifat semulajadi. Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi sifat
kejadian lelaki dan perempuan yang mencorakkan perkembangan dorongan seks
secara semulajadi. Perkembangan ini juga mempengaruhi biologikal dan tingkah
laku seksual yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Dari segi biologikal,
lelaki mempunyai keadaan fizikal yang tegap dan kuat. Keadaan ini boleh
mendorong lelaki menggunakan kekuatan fizikalnya untuk bertindak ganas terhadap
wanita, khususnya dalam melakukan bentuk-bentuk gangguan seksual.
Perkembangan wanita, watak, tingkah
laku, sifat fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita
yang dijadikan begitu menonjol memberi pengaruh seksualiti yang tinggi kepada lelaki
Dari segi perkembangan
wanita, watak, tingkah laku, sifat fizikal dan biologikal serta bentuk
seksualiti tubuh badan wanita yang dijadikan begitu menonjol memberi pengaruh
seksualiti yang tinggi kepada lelaki. Kebanyakan wanita yang peka dengan keindahan,
kecantikan, keanggunan dan personaliti kewanitaannya lebih suka menonjolkan
pengaruh seksual. Pengaruh seksual wanita dapat dijadikan tarikan untuk memikat
dan menarik minat lelaki terhadapnya. Pengaruh seksualiti terhadap kehidupan
manusia mencakupi suatu dimensi yang luas meliputi perkembangan tingkah laku,
personaliti, kebahagiaan, emosi, moral, kemuliaan, rasa dihargai dan
sebagainya. Oleh yang demikian, seksualiti wujud dalam pemikiran manusia, tidak
kira sama ada lelaki ataupun wanita yang mendorong ke arah pencapaian keinginan
dan matlamat hidup yang baik atau sebaliknya.
Pemikiran seksual
Pemikiran seksual
(sexual mind) lelaki mendorong tingkah laku seksual yang tidak sihat, termasuk
melakukan gangguan seksual sama ada di tempat kerja ataupun di mana sahaja jika
terdapat peluang melakukan gangguan seksual terhadap wanita. Amat sukar untuk
menghakis pemikiran seksual dan pelbagai tingkah laku yang mendedahkan wanita
kepada gangguan dan ancaman seksual di mana-mana sahaja dalam masyarakat.
Personaliti seseorang individu
Personaliti seseorang
individu juga boleh menjadi punca kepada gangguan seksual. Personaliti
merupakan satu konsep yang digunakan apabila menggambarkan diri seseorang. Pada
umumnya, personaliti bermaksud memperihalkan ciri-ciri yang dimiliki oleh
seseorang individu secara khusus seperti cara ia berfikir, bereaksi, beremosi,
berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain.
Dengan perkataan lain personaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan
kognitif seseorang individu. Sehubungan dengan itu personaliti pelaku dan
mangsa itu sendiri boleh menyebabkan terjadinya gejala gangguan seksual.
Sebagai contohnya wanita yang digolongkan sebagai seksi lebih terdedah menjadi
mangsa gangguan seksual. Begitu juga pekerja wanita yang mudah menjadi mangsa
gangguan seksual ialah yang masih bujang ataupun janda.
Tidak boleh disalahkan
kesemuanya kepada keterampilan atau perawakan wanita yang menyebabkan
berlakunya gangguan seksual. Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan
personaliti mereka. Apabila seseorang itu bertingkah laku agreasif adalah
dikatakan mempunyai personaliti agresif. Oleh yang demikian dapat kita fahami
bahawa terdapat hubung kait personaliti dengan perlakuan seseorang yang
melakukan tindakan yang berbentuk jenayah. Orang yang mempunyai personaliti
bermasalah seperti ketagihan seks, fobia seks, dan seks maniac mempunyai
tendensi yang tinggi melakukan gangguan seksual
Punca gangguan seksual disekolah pula ialah
Kurang memahami etika keguruan.
Antara punca tingkah
laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual (mencabul)
pertamanya ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika
keguruan tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak
muridnya sendiri. Ini berbeza pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar
kod etika guru yang telah digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut
tidak mengerti dan memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru.
Masalah keluarga
Masalah keluarga juga
merupakan salah satupunca berlakunya tingkah laku negatif dikalangan guru ini.
Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih
sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan
guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada
anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini
menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan
keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan
murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual mereka.
Penggunaan internet, telefon bimbit dan
sebagainya
Faktor lain yang
menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh negatif yang timbul melalui media elektronik seperti
penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya. Mengikut kajian yang
dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media
elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Hal ini kerana, guru
boleh memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah dengan hanya melayari internet
berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan
bahan bagi tujuan sedemikian. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut
melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa
contohnya media cetak membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui
buku, majalah dan sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual
kepada anak muridnya.
Kurang kesedaran agama.
Tiada kesedaran agama
juga adalah punca kepada tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru
tersebut. Didikan agama yang kurang terutama tentang hukum halal dan haram
menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi
kepuasan mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak menggunakan
ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut tidak
dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga tidak
menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana dia sanggup membuat
gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas menunjukkan
perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai
seorang muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikir
kembali tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut
mempunyai kesedaran agama yang tinggi.
Pengambilan pil peransang
Punca penyumbang kepada
tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengambilan pil
peransang. Kebanyakkan kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali
dipengaruhi oleh pengambilan pil peransang seperti Viagra yang tidak terkawal
dan dijual di pasaran secara terbuka. Apabila pengambilan pil peransang secara
tidak terkawal, keinginan seksual semakin meningkat menyebabkan berlakulah
gangguan seksual keatas murid. Kebanyakkan guru lelaki yang tidak berkahwin
atau telah bercerai yang menggunakan pil peransang ini akan cuba membuat
gangguan seksual terhadap anak muridnya apabila teransang. Dalam situasi ini,
guru tersebut hanya ingin memuaskan diri mereka tanpa mengira nasib yang akan
menimpa anak murid apabila berkelakuan negatif seperti ini.
Stress yang tinggi.
Punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah
bebanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang
tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja
yang terlalu banyak dan tekanan ditempat kerja yang dihadapi oleh guru setiap
hari menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang seterusnya mencari jalan
lain untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan
seksual yang dilakukan ini boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi namun kesan
dari perkara itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan.
Selain di sekolah dan
tempat kerja. Di tempat lain juga boleh terjadinya gangguan seksual ini
contohnya semasa berada di tempat awam seperti sedang menaiki pengangkutan
awam, berada di taman rekreasi dan sebagainya. Oleh itu, punca terjadinya
gangguan seksual ini sebenarnya lebih kurang dengan punca yang terjadi di
sekolah mahupun di tempat kerja. Antaranya ialah kurangnya didikan agama, tidak
dapat mengawal perasaan dan nafsu, kurangnya sifat menghormati orang lain dan
sebagainya.
PERANAN NGO DALAM MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL
Pada tahun 2010, Kementerian
Sumber Manusia, telah mengadakan Kod Amalan Mengenai Pencegahan dan Pembasmian
Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Kod ini telah diadakan sebagai respons
pemerintah kepada desakan-desakan yang telah lama dibuat, terutama sekali oleh
badan-badan NGO wanita.
Beberapa buah NGO
wanita, seperti AWAM, WDC, WAO dan-lain-lain telah ditubuhkan. Mereka
meneruskan kempen menentang keganasan serta gangguan seksual terhadap wanita
ini. Terdapat juga badan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat kauseling kepada
mangsa. Peranan kaunseling dalam membantu dan menangani masalah gangguan
seksual amat penting dalam masyarakat moden yang mana keadaan hidup dan masalah
yang dihadapi begitu rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri.
Kaunselor yang profesional, mempunyai latihan dan lesen menjalankan tugas
kaunselor mengenai masalah gangguan seksual perlu diwujudkan di setiap industri
dan organisasi di seluruh negara. Begitu juga kaunselor Islam yang boleh
menguruskan hal-hal gangguan seksual mengikut cara Islam pelu difikirkan dan
dirangka dalam menyelesaikan masalah gangguan seksual.
Terdapat beberapa
undang – undang terhadap pesalah yang melakukan jenayah ini. Antarnya ialah undang-undang berhubung dengan ganguan seksual
di tempat kerja seperti
·
Akta pekerja 1955 – ia terpakai kepada
pekerja di sektor swasta sahaja
·
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – ia
terpakai kepada pekerja kerajaan dan badan berkanun dan pekerja disektor
swasta.
·
Gangguan Seksual Dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelaluan dan Tatatertib (1993) – Ia berkaitan
dengan takrif perlakuan gangguan seksual, tindakan majikan, tindakan pengadu
dan tindakan ke atas pelaku gangguan seksual
·
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 – Selain berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja, ia juga terpakai
bagi mengelakkan pekerja daripada menerima pelbagai ancaman di tempat kerja
termasuk gangguan seksual.
·
Kod Amalan Bagi Mencegah dan Membasmi Gangguan
Seksual di Tempat Kerja (1999) – Ia mempunyai 34 Perkara. Ia terpakai untuk menangani masalah gangguan
seksual di tempat kerja. Kod Amalan ini
adalah panduan praktikal kepada majikan, pekerja, kesatuan dan pihak-pihak
berkaitan dalam melindungi maruah diri pekerja tanpa mengira jantina. Matlamatnya memastikan gangguan seksual tidak
berlaku.
Selain
itu juga terdapat beberapa peraturan yang telah ditulis dan ditetapkan terhadap
pegawai
awam didalam buku peraturan pegawai awam mengenainya. Antaranya ialah seseorang
pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain iaitu seseorang
pegawai tidak boleh membuat cubaan untuk
merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual daripada orang
lain atau melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan
orang lain dalam keadaan yang, setelah mengambilkira hal keadaan, akan
menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut. Tindakan
yang boleh diambil menurut peraturan 38- Peraturan Pegawai Awam:
i.
Amaran
ii.
Denda
iii.
Lucut hak emolument
iv.
Tangguh pergerakan gaji
v.
Turun gaji
vi.
Turun pangkat atau
vii.
Buang kerja
STATISTIK GANGGUAN
SEKSUAL
Statistik gangguan
seksual yang berlaku di tempat kerja dari tahun 1999 hingga 2010 yang telah
dilaporkan jumlahnya agak sedikit tetapi ia yang dilaporkan
Tahun
|
Bilangan
|
1999
|
29
|
2000
|
61
|
2001
|
46
|
2002
|
21
|
2003
|
16
|
2004
|
19
|
2005
|
12
|
2006
|
23
|
2007
|
9
|
2008
|
19
|
2009
|
22
|
2010
|
20
|
Jumlah
|
297
|
Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia. http://jtksm.mohr.gov.my
PENDAPAT SAYA TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL
Pada pendapat saya
gangguan seksual ini adalah salah satu perkara yang serius dan harus diberi
perhatian. Mangsa yang mengalami gangguan seksual akan mengalami trauma dan
gangguan emosi. Gangguan seksual juga boleh menjadi parah sehingga boleh
membawa kes rogol. Ia haruslah dipandang serius oleh segenap masyarakat.
Walaupun kadar yang dilaporkan tidak mencapai seratus kes setiap tahun tetapi
kita haruslah tahu dan sedar bahawa jika ianya berterusan tidak mustahil untuk
jumlah ini bertambah. Tambahan pula, kebanyakan mangsa tidak berani melaporkan
kejadian kerana mereka mungkin ketakutan dan sudah diancam oleh individu yang
melakukan gangguan seksual ini. Oleh itu, hanya segelintir laporan sahaja yang
diterima.
Walaubagaimanapun,
mangsa haruslah sedar kejadian seperti ini boleh dibendung dan mangsa haruslah berani untuk membuat laporan
ini kerana ia bukan sahaja dapat membela diri sendiri malah dapat mengelakkan
orang lain menjadi mangsa gangguan seksual. Pelbagai undang – undang telah
dikuatkuasa oleh itu jangan bimbang kerana pesalah akan dibawa kemuka
pengadilan.
Selain itu juga,
masyarakat haruslah memberikan sokongan terhadap mangsa dan janganlah
memulaukan mereka. Daripada gangguan seksual inilah tidak mungkin kejadian
rogol mahupun bunuh bakal berlaku. Oleh itu, marilah kita mencegah dan
mengambil tahu tentang kejadian kejadian seperti ini.
PENUTUP
Kesimpulannya, gangguan
seksual ini adalah masalah sosial yang meruncing didalam masyarakat kita.
Tindakan sewajarnya haruslah diambil bagi membendung kejadian ini daripada
berleluasa. Kita haruslah berani mempertahankan hak kita dan berani bersuara.
Reference
http://repo.uum.edu.my/449/1/Zakaria_Ismail.pdf
http://isu-pendidikan.blogspot.com/2012/09/ulasan-berkenaan-artikel-gangguan.html
http://isu-pendidikan.blogspot.com/2012/09/ulasan-berkenaan-artikel-gangguan.html
No comments:
Post a Comment